Sunday, 19 February 2012

Majlis Maulidur Rasul 2012 / 1433H

9 Februari 2012 - Sekolah Kebangsaan Padang Setebu telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012 peringkat sekolah. Sambutan ini telah berjalan dengan lancar. Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu pendekatan untuk menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW. Ia adalah satu usaha pendekatan kepada murid tentang sirah Rasulullah SAW. Ceramah dan pertandingan telah diadakan untuk pendekatan agar pelajar-pelajar memahami dengan jelas Sirah Rasulullah SAW dan aktiviti yang menjurus kepada pemahaman terhadap agama.



Wednesday, 8 February 2012

Larian Lebuh Raya 2012

2 Februari 2012 - SK Padang Setebu telah mengadakan Larian Lebuh Raya 2012 yang melibatkan semua murid. Acara ini bermula pada pukul 7.45 pagi yang dimulakan dengan pendaftaran murid. Acara ini juga telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Padang Setebu iaitu En. Zainuddin bin Mohd Nor. Larian ini telah dilepaskan secara berperingkat yang dimulakan dengan Pra Sekolah. Larian Lebuh Raya ini telah berjalankan dengan baik dan lanacar.

Sunday, 1 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat Tahun  Baru 2012 kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Padang Setebu. Sempena tahun baru ini, semua orang ada azam baru. Diharap azam yang dipasang sempena tahun baru ini tercapai sebelum berakhirnya tahun 2012.

Sunday, 23 October 2011

Sukaneka 2011

12 Oktober 2011- Sekolah Kebangsaan Padang Setebu telah mengadakan Sukaneka 2011 bertempat di padang sekolah. Sukaneka ini telah berlangsung dengan jayanya. Semua murid mengambil bahagian dalam acara-acara yang telah diadakan.



  
Pk Ko memberi taklimat mengenai sukaneka
 
Cikgu Nasir mengetuai senamrobik

Murid Pra memulakan sukaneka
Guru-guru menyediakan makanan


Sukaneka acara guru, kakitangan dan ibu bapa
Penyampaian hadiah kepada pemenang
         

Tuesday, 18 October 2011

Program Motivasi Murid Tahun Lima

9 Oktober 2011- Satu program motivasi untuk tahun lima telah diadakan bertempat di makmal komputer SK Padang Setebu. Program ini diadakan  untuk persediaan pelajar menghadapi  UPSR pada tahun hadapan.



Penyampaian cenderahati kepada penceramah