Sunday 19 February 2012

Majlis Maulidur Rasul 2012 / 1433H

9 Februari 2012 - Sekolah Kebangsaan Padang Setebu telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012 peringkat sekolah. Sambutan ini telah berjalan dengan lancar. Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu pendekatan untuk menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW. Ia adalah satu usaha pendekatan kepada murid tentang sirah Rasulullah SAW. Ceramah dan pertandingan telah diadakan untuk pendekatan agar pelajar-pelajar memahami dengan jelas Sirah Rasulullah SAW dan aktiviti yang menjurus kepada pemahaman terhadap agama.



No comments: