Tuesday 9 July 2013

Jamuan Makan Tengah Hari Sempena Perpisahan Dan Selamat Datang Bagi Guru Dan Kakitangan SKPS Tahun 2013

7 Julai 2013 - Kelab Guru Dan Kakitangan SKPS telah mengadakan jamuan makan tengah hari sempena perpisahan dan selamat datang kepada guru dan kakitangan SKPS bagi tahun 2013. Jamuan ini diadakan di Restoran Danau Bay, Tasik Kenyir. Guru dan kakitangan yang telah diraikan ialah Pn. Radin Burhani bt Mat yang bertukar ke SK Tapah, En. Mohamad Zapawi bin Mamat yang bertukar ke SK Kuala Dura, Pn Nur Assaadah bt Aziz yang bertukar ke SK Tengkawang, En. Enche Mohd Arifin bin Embong yang bertukar ke SMK Bukit Nenas dan Pn Norakmal bt Jusoh yang bertukar ke SK Pusat Kuala Ibai. Semoga jalinan ukhuwah dan persahabatan akan kekal selamanya walaupun bertugas di berlainan tempat.

Ucapan guru besar, guru dan kakitangan yang telah bertukar.



Penyampaian hadiah kepada guru dan kakitangan yang telah bertukar
Ragam warga SKPS
Gambar kenangan

Monday 1 July 2013

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK JALAN U3

30 Jun 2013 -SK Jalan U3 telah mengadakan lawatan penanda aras di SK Padang Setebu. Lawatan ini juga bertujuan menjalinkan kerjasam integrasi dua hala melalui Program Jalinan Pendidikan bagi kedua-dua pihak bagi mencapai objektif-objektif berikut:
1) Bekerjasama bagi membangunkan potensi kemenjadian murid.
2) Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan integrasi dalam komuniti.
3) Memberi pendedahan kepada murid tentang sosiaekonomi pembangunan segajat.
4) Bertukar-tukar idea, pengalaman, kreativiti, dan inovasidalam pelbagai bidang.
5) Membina sahsiah murid secara holistik dari aspek jasmani, emosi dan rohani dan intelek.


BIMBINGAN KECEMERLANGAN PENGHUNI ASRAMA SKPS 2013

26 Jun 2013 - Satu program bimbingan kecemerlangan penghuni asrama sekolah rendah daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Setebu. Program ini bertujuan memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Fasilitator yang datang memberi motivasi ialah Cikgu Wan Abdul Razak Bin Wan Yaakob.