Sunday 19 February 2012

Majlis Maulidur Rasul 2012 / 1433H

9 Februari 2012 - Sekolah Kebangsaan Padang Setebu telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012 peringkat sekolah. Sambutan ini telah berjalan dengan lancar. Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu pendekatan untuk menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW. Ia adalah satu usaha pendekatan kepada murid tentang sirah Rasulullah SAW. Ceramah dan pertandingan telah diadakan untuk pendekatan agar pelajar-pelajar memahami dengan jelas Sirah Rasulullah SAW dan aktiviti yang menjurus kepada pemahaman terhadap agama.



Wednesday 8 February 2012

Larian Lebuh Raya 2012

2 Februari 2012 - SK Padang Setebu telah mengadakan Larian Lebuh Raya 2012 yang melibatkan semua murid. Acara ini bermula pada pukul 7.45 pagi yang dimulakan dengan pendaftaran murid. Acara ini juga telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Padang Setebu iaitu En. Zainuddin bin Mohd Nor. Larian ini telah dilepaskan secara berperingkat yang dimulakan dengan Pra Sekolah. Larian Lebuh Raya ini telah berjalankan dengan baik dan lanacar.