Tuesday 28 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014


23 Januari 2014 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di SK Padang Setebu. Majlis dimulakan dengan perarakan dari sekolah ke Surau Kampung Basung. Selepas perarakan, satu ceramah telah disampaikan oleh ustaz Ruslan Bin Abdul Aziz  di surau asrama SK Padang Setebu. Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan menulis tulisan khat bagi tahap 2.