Monday 7 May 2012

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2012

Pada 26, 27 dan 28 April 2012, Sek Keb Padang Setebu telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform bagi tahun 2012. Peserta perkhemahan ini melibatkan Tahun 4, 5 dan 6 serta guru pemimpin. Matlamat perkhemahan ini ialah meningkatkan dan mengembangkan mutu pencapaian unit-unit beruniform dalam bidang pengetahuan, kemahiran dan psikomotor melalui aktiviti perkhemahan. Perkhemahan ini mencapai objektifnya dengan usaha, pengembelingan tenaga dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat.