Sunday, 8 April 2012

PROGRAM MOTIVASI MURID-MURID DAN IBUBAPA 2012

Pada 29/03/2012 (Khamis) Sek Keb Padang Setebu telah mengadakan Program Motivasi Murid-Murid Dan Ibubapa bagi murid tahun 5 dan 6. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam diri murid-murid dan ibubapa sendiri.

Gambar sekitar program motivasi murid-murid dan ibu bapa tahun 2012

PERTANDINGAN SMART ENGLISH 2012

21/2/2012- Sek Keb Padang Setebu telah mengadakan pertandingan Smart English 2012 Yayasan Diraja Sultan Mizan peringkat sekolah.Pertandingan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.

Sunday, 19 February 2012

Majlis Maulidur Rasul 2012 / 1433H

9 Februari 2012 - Sekolah Kebangsaan Padang Setebu telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012 peringkat sekolah. Sambutan ini telah berjalan dengan lancar. Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu pendekatan untuk menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW. Ia adalah satu usaha pendekatan kepada murid tentang sirah Rasulullah SAW. Ceramah dan pertandingan telah diadakan untuk pendekatan agar pelajar-pelajar memahami dengan jelas Sirah Rasulullah SAW dan aktiviti yang menjurus kepada pemahaman terhadap agama.



Wednesday, 8 February 2012

Larian Lebuh Raya 2012

2 Februari 2012 - SK Padang Setebu telah mengadakan Larian Lebuh Raya 2012 yang melibatkan semua murid. Acara ini bermula pada pukul 7.45 pagi yang dimulakan dengan pendaftaran murid. Acara ini juga telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Padang Setebu iaitu En. Zainuddin bin Mohd Nor. Larian ini telah dilepaskan secara berperingkat yang dimulakan dengan Pra Sekolah. Larian Lebuh Raya ini telah berjalankan dengan baik dan lanacar.

Sunday, 1 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat Tahun  Baru 2012 kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Padang Setebu. Sempena tahun baru ini, semua orang ada azam baru. Diharap azam yang dipasang sempena tahun baru ini tercapai sebelum berakhirnya tahun 2012.