Sunday 10 August 2014

CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN

Hari : Selasa
Tarikh : 5 Ogos 2014
Sasaran : Murid dan Warga Sekolah
 
CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN OLEH  :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Terengganu.
 
       Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.
Objektif ceramah dan demonstrasi :
1.Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak   dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan   hingga keadaan diistihar selamat.
2.   Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti  yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3.  memberi  pendedahan mengenai Kebakaran  dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api.
4.  Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan pihak sekolah.
 



















No comments: