Sunday, 1 January 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Padang Setebu. Sempena tahun baru ini, semua orang ada azam baru. Diharap azam yang dipasang sempena tahun baru ini tercapai sebelum berakhirnya tahun 2012.
Sunday, 23 October 2011
Sukaneka 2011
12 Oktober 2011- Sekolah Kebangsaan Padang Setebu telah mengadakan Sukaneka 2011 bertempat di padang sekolah. Sukaneka ini telah berlangsung dengan jayanya. Semua murid mengambil bahagian dalam acara-acara yang telah diadakan.
| Pk Ko memberi taklimat mengenai sukaneka |
| Cikgu Nasir mengetuai senamrobik |
| Murid Pra memulakan sukaneka |
| Guru-guru menyediakan makanan |
Tuesday, 18 October 2011
Program Motivasi Murid Tahun Lima
Sunday, 11 September 2011
Majlis Khatam Al-Quran 2011
Pada 25 Ogos 2011 yang lalu SK Padang Setebu telah mengadakan majlis khatam al-Quran bertempat di Surau Ar Raudhah SK Padang Setebu. Program ini adalah sebagai penutup Ihya' Ramadhan. Program ini dijalankan untuk memupuk kecintaan dan minat pelajar terhadap al-Quran disamping untuk memahirkan bacaan al-Quran.Disamping itu, program ini dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan-amalan wajib dan sunat.
Sunday, 28 August 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Salam Merdeka yg ke 54
TAHUN ini agak istimewa, Hari Raya Aidilfitri disambut hampir serentak dengan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Pun begitu, suasana sambutan hari lebaran tetap meriah. Bahang hari kemerdekaan pula cukup terasa biarpun pada bulan Ramadan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog SK Padang Setebu. Apalah ertinya sambutan Aidilfitri tanpa saling memohon kemaafan. Kita dituntut menerapkan pengisian hari lebaran iaitu mengukuhkan silaturahim dan persaudaraan sesama Islam. Bukannya soal luaran termasuklah sambutan secara berlebihan sehingga membazir wang dan masa. Bersederhanalah menyambut Aidilfitri

Subscribe to:
Posts (Atom)