Sunday, 28 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Salam Merdeka yg ke 54

TAHUN ini agak istimewa, Hari Raya Aidilfitri disambut hampir serentak dengan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Pun begitu, suasana sambutan hari lebaran tetap meriah. Bahang hari kemerdekaan pula cukup terasa biarpun pada bulan Ramadan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog SK Padang Setebu. Apalah ertinya sambutan Aidilfitri tanpa saling memohon kemaafan. Kita dituntut menerapkan pengisian hari lebaran iaitu mengukuhkan silaturahim dan persaudaraan sesama Islam. Bukannya soal luaran termasuklah sambutan secara berlebihan sehingga membazir wang dan masa. Bersederhanalah menyambut Aidilfitri

Tuesday, 9 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak

RAMADAN adalah bulan penuh berkat yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam. Di bulan ini ibadah diberi ganjaran pahala berlipat-kali ganda. Di dalamnya juga ada malam yang diberi keutamaan melebihi 1,000 bulan yang lain. Pada bulan Ramdan juga al-Quran diturunkan.

Berjumpa dengan bulan Ramadan merupakan kenikmatan yang sangat besar. Ia ibarat bazar yang menyediakan jualan dengan tawaran yang sangat menakjubkan.

Ibnu Rajab al-Hanbali berkata: "Barang siapa yang pada bulan Ramadan ini tidak beruntung, maka bila lagi dia akan beruntung? Barang siapa yang pada bulan suci ini tidak dapat mendekatkan dirinya kepada Allah, maka sungguh dia sangat rugi."

Maka tidak hairanlah mengapa orang-orang soleh terdahulu selalu mendambakan supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadan. Salah satu teladan daripada ulama Salaf, mereka tekun berdoa dan memohon kepada Allah, agar dapat bertemu bulan Ramadan.

Mu'alla bin Al Fadhl berkata: "Mereka (para salaf terdahulu) berdoa kepada Allah selama enam bulan agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan".

Ini merupakan salah satu cerminan berserah diri kepada Allah.

Bulan Kesabaran dan Bulan al-Quran

Selain dikenali sebagai bulan puasa, Ramadan juga digelar dengan beberapa nama lain sesuai dengan keutamaannya. Satu daripadanya ialah bulan kesabaran seperti yang dinyatakan dalam kitab Silsilah Hadis Sahih oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani.

Imam Malik bin Anas, yang selalu dipanggil Imam Darul Hijrah pula berkata bahawa Ramadan ialah bulan al-Quran.

Al-Quran adalah kalam Allah diturunkan dari Luh Mahfudz ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan.

Firman Allah: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah: 185)

- UTUSAN

Sunday, 10 July 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

2 Julai 2011 (Sabtu)-Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
telah diadakan serentak di seluruh Malaysia.Tidak terkecuali SK.Padang Setebu.
Acara ini diadakan dengan begitu lancar sekali hasil kerjasama antara murid, guru-guru serta kakitangan sokongan.Selain dari acara larian 1 Malaysia, SK Padang Setebu juga mengadakan pertandingan lain seperti Pertandingan Bola Sepak dan Pertandingan Bola Jaring bagi peserta tahap 2.Manakala bagi tahap 1 pula pertandingan Mewarna diadakan.

Cikgu Assaadah memasang nombor pada pakaian murid 

 Uztazah Ummi semasa majlis pendaftran

 Pertandingan Bola Jaring tahap 2

 Pelepasan murid tahap 2 lelaki

 Pelepasan murid tahap 2 perempuan

Murid menunggu di dataran untuk acara senamrobik

Murid di garisan penamat

 Garisan Penamat

 Gaya seorang murid apabila sampai di garisan penamat

Murid tahap 1 berlari sambil membawa botol air 

Murid tahap 2 menuju ke garisan penamat

Gaya murid tahap 2 di garisan penamat

Sunday, 12 June 2011

TAHNIAH TERENGGANU!!

Tahniah kepada pasukan Bola Sepak TERENGGANU yang telah mengalahkan KELANTAN
2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA edisi ke 22.



Marzuki Yusof-Pemain Terbaik

Monday, 23 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU

16 Mei 2011 (Isnin) - Sambutan Hari Guru telah diadakan dengan begitu meriah sekali di Sekolah
Kebangsaan Padang Setebu.Wakil dari PPD iaitu Uztaz Tajuddin bin Mahmud telah datang ke sekolah untuk meraikan bersama-sama guru SKPS.Tema Hari Guru kali ini adalah "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"