Wednesday, 12 March 2014

Pelancaran Minggu Anti Dadah

 
2 Mac 2014 - SK Padang Setebu telah melancarkan minggu anti dadah peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti mewarna poster, pameran dan kuiz anti dadah.
 






Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber 2014

02 Mac 2014 - SK Padang Setebu telah mengadakan majlis penyampaian watikah lantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber 2014.





Tuesday, 28 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014


23 Januari 2014 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di SK Padang Setebu. Majlis dimulakan dengan perarakan dari sekolah ke Surau Kampung Basung. Selepas perarakan, satu ceramah telah disampaikan oleh ustaz Ruslan Bin Abdul Aziz  di surau asrama SK Padang Setebu. Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan menulis tulisan khat bagi tahap 2.


Tuesday, 19 November 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan 2013



12 November 2013, SK Padang Setebu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2013. Hari Anugerah Kecemerlang yang diadakan pada setiap tahun adalah satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah menjadi harapan pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.

Sunday, 17 November 2013

Jamuan Akhir Tahun 2013

11 November 2013, Kelab Guru Dan Kakitangan SK Padang telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Lake Kenyir Resort & Spa. Jamuan akhir tahun ini diadakan untuk menghargai guru dan kakitangan yang berkhidmat di SKPS. Selain itu, jamuan ini turut meraikan kedatangan dan pertukaran guru ke SKPS pada tahun ini.