Wednesday, 30 October 2013

Tuesday, 22 October 2013

Thursday, 10 October 2013

PROGRAM PASCA UPSR

Ceramah Kemenjadian Murid Tahun 6

Pada 7 Oktober 2013, satu ceramah tentang kemenjadian murid tahun 6 telah diadakan yang bertempat di Makmal Komputer SK Padang Setebu. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn Rozaimi Bt Jusoh iaitu Kauselor SMK Kuala Jenderis.


MAJLIS PERPISAHAN PK HEM ( PN KHATIJAH BINTI SIDEK )

Pada 3 Oktober 2013, Kelab Guru Dan Kakitangan SK Padang Setebu telah mengandakan Majlis Perpisahan kepada guru yang akan bertukar iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Khatijah Binti Sidek yang akan bertukar ke SK Tanggol.Kami warga SK Padang Setebu akan sentiasa merindui dan mendoakan semoga pertukaran ini dipenuhi dengan keberkatan oleh Allah S.W.T.
  

KEM SUKAN 1 MURID 1 SUKAN

Pada 24, 25 dan 26 September, SK Padang Setebu telah mengadakan Kem Sukan 1M 1S.Dalam kem tersebut pelajar telah didedahkan berkaitan dengan pengurusan sesuatu kelab sukan. Diharap para pelajar dapat memanafaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan dalam kem tersebut . Terima kasih diucapkan kepada warga SKPS yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang Kem Sukan 1M 1S ini berlangsung.