Monday, 1 July 2013

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK JALAN U3

30 Jun 2013 -SK Jalan U3 telah mengadakan lawatan penanda aras di SK Padang Setebu. Lawatan ini juga bertujuan menjalinkan kerjasam integrasi dua hala melalui Program Jalinan Pendidikan bagi kedua-dua pihak bagi mencapai objektif-objektif berikut:
1) Bekerjasama bagi membangunkan potensi kemenjadian murid.
2) Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan integrasi dalam komuniti.
3) Memberi pendedahan kepada murid tentang sosiaekonomi pembangunan segajat.
4) Bertukar-tukar idea, pengalaman, kreativiti, dan inovasidalam pelbagai bidang.
5) Membina sahsiah murid secara holistik dari aspek jasmani, emosi dan rohani dan intelek.


BIMBINGAN KECEMERLANGAN PENGHUNI ASRAMA SKPS 2013

26 Jun 2013 - Satu program bimbingan kecemerlangan penghuni asrama sekolah rendah daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Setebu. Program ini bertujuan memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Fasilitator yang datang memberi motivasi ialah Cikgu Wan Abdul Razak Bin Wan Yaakob.


Wednesday, 22 May 2013

Majlis Sambutan Hari Guru 2013

16 Mei pada setiap tahun ialah tarikh keramat bagi individu yang bergelar guru. Pada hari ini SK Padang Setebu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru 2013 peringkat sekolah. Pelbagai acara telah diadakan untuk meraikan sambutan tersebut.
Guru-guru dan Kakitangan SKPS
Kakitangan dan Guru Kafa SKPS
Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sekolah serta Ikrar Guru
Penyerahan Kad Ucapan Selamat Hari Guru daripada wakil murid
Sukaneka
Warga SKPS

Monday, 13 May 2013

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2013

Pada 9, 10 dan 11 Mei 2013, SK padang Setebu telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform.Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan dan mengembangkan mutu pencapaian unit-unit beruniform dalam bidang pengetahuan, kemahiran dan psikomotor melalui aktiviti perkhemahan. Perkhemahan ini telah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Mendirikan khemah dan taklimat oleh kem komanden





Pertandingan pertolongan cemas






Senaman pagi dan pertandingan membina gajet



Pertandingan Malam Kebudayaan
Majlis penutup dan penyampaian hadiah

Warga SKPS