Sunday, 1 July 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKPS 2012.

Kejohanan balapan dan padang SK Padang Setebu telah diadakan pada 26-27 Jun 2012. Rumah Biru telah menjuarai kejohanan kali ini. Kejohanan ini telah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.


Gambar sekitar Kejohanan Balapan Dan Padang 2012

Monday, 7 May 2012

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2012

Pada 26, 27 dan 28 April 2012, Sek Keb Padang Setebu telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform bagi tahun 2012. Peserta perkhemahan ini melibatkan Tahun 4, 5 dan 6 serta guru pemimpin. Matlamat perkhemahan ini ialah meningkatkan dan mengembangkan mutu pencapaian unit-unit beruniform dalam bidang pengetahuan, kemahiran dan psikomotor melalui aktiviti perkhemahan. Perkhemahan ini mencapai objektifnya dengan usaha, pengembelingan tenaga dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat.




 

Sunday, 8 April 2012

PROGRAM MOTIVASI MURID-MURID DAN IBUBAPA 2012

Pada 29/03/2012 (Khamis) Sek Keb Padang Setebu telah mengadakan Program Motivasi Murid-Murid Dan Ibubapa bagi murid tahun 5 dan 6. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam diri murid-murid dan ibubapa sendiri.

Gambar sekitar program motivasi murid-murid dan ibu bapa tahun 2012

PERTANDINGAN SMART ENGLISH 2012

21/2/2012- Sek Keb Padang Setebu telah mengadakan pertandingan Smart English 2012 Yayasan Diraja Sultan Mizan peringkat sekolah.Pertandingan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.