12 Mei 2011 ( Khamis) - Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform
telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Setebu.Perkhemahan bermula pada 12 Mei dan berakhir pada 14 Mei 2011.Seramai 60 peserta telah mengikuti perkhemahan pada tahun ini.
19 April 2011 (Selasa) - Demonstrasi Kebakaran telah diadakan di
Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Padang Setebu.Demonstrasi ini diwakili oleh 3 orang pegawai bomba iaitu Che Razak b.Harun,En.Norhisyam b.Ramli dan En.Mohd Shariman b.Rawi.Beberapa orang murid dan guru diberi peluang untuk mencuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api kebakaran.
30 Mac 2011 (Khamis) - Sekolah Kebangsaan Padang Setebu telah mengadakan Pertandingan
Smart English 2011 Yayasan Diraja Sultan Mizan Peringkat Sekolah.Pertandingan ini diadakan di Dewan
Sekolah Kebangsaan Padang Setebu.Pertandingan ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 Tengahari.Seramai 12 orang peserta yang menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan.
26.03.2011 (Sabtu) - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28
telah diadakan di kantin Sekolah Kebangsaan Padang Setebu.
Perasmian mesyuarat kali ini dirasmikan oleh wakil dari PPD (Pegawai Khas) iaitu
En.Rusmadi bin Ngah.Majlis diserikan lagi dengan ucapan dari YDP PIBG iaitu Tuan Hj.Aziz bin Ahmad.