Sunday, 29 July 2012
HARI PERPISAHAN GURU BESAR EN.ZAINUDDIN BIN MOHD NOR
Pada 12 Julai 2012 satu Majlis Perpisahan Guru Besar En. Zainuddin Bin Mohd Nor telah diadakan di kantin sekolah. Beliu telah bertukar ke SK Kuala Jengal,Dungun.
Wednesday, 18 July 2012
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia
10 Julai 2012 - Acara senamrobik 1M1S1M telah diadakan secara serentak seluruh negara bermula jam 8.00 pagi. SK Padang Setebu juga turut menyertai program ini .Bertempat di dataran perhimpunan seramai 165 orang murid serta guru terlibat dalam program ini. Senamrobik 1M 1S 1M ini dapat melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan rutin sepanjang kehidupan mereka.
Gambar sekitar Senamrobik 1M 1S 1Msia
Monday, 9 July 2012
LAWATAN BERMAKLUMAT KE MELAKA PADA 28 & 29 JUN 2012
Pada 28 dan 29 Jun 2012, pihak asrama SK Padang Setebu telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Melaka. Seramai 25 orang murid telah menyertai lawatan ini selama 2 hari 1 malam. Antara tempat-tempat yang telah dikunjungi di Melaka adalah Perigi Hang Tuah dan tempat-tempat bersejarah disekitar Bandar Hilir seperti Kota A Famosa, Bangunan Merah dan menaiki Menara Taming Sari.

Sunday, 1 July 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)