Sunday 11 September 2011

Majlis Khatam Al-Quran 2011

Pada 25 Ogos 2011 yang lalu SK Padang Setebu telah mengadakan majlis khatam al-Quran bertempat di Surau Ar Raudhah SK Padang Setebu. Program ini adalah sebagai penutup Ihya' Ramadhan. Program ini dijalankan  untuk memupuk kecintaan dan minat pelajar terhadap al-Quran  disamping untuk memahirkan bacaan al-Quran.Disamping itu, program ini dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan-amalan wajib dan sunat.