Thursday 14 August 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKPS

 
 
12 Ogos 2014 - SK Padang Setebu telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan kehadiran bulan Syawal. Selain itu, majlis ini dapat menyemai semangat kekeluargaan dikalangan warga SKPS serta mempuk hubungan baik antara sekolah dengan masyarakat setempat.
 
Bacaan doa dan ucapan raya oleh Guru Besar
Warga SKPS menjamu selera
Persembahan raya mengikut kelas
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan membuat kad raya dan busana raya
Kenangan sambutan raya SKPS





 
 
 
 



Sunday 10 August 2014

CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN

Hari : Selasa
Tarikh : 5 Ogos 2014
Sasaran : Murid dan Warga Sekolah
 
CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN OLEH  :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Terengganu.
 
       Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.
Objektif ceramah dan demonstrasi :
1.Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak   dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan   hingga keadaan diistihar selamat.
2.   Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti  yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3.  memberi  pendedahan mengenai Kebakaran  dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api.
4.  Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan pihak sekolah.