Sunday 29 July 2012

HARI PERPISAHAN GURU BESAR EN.ZAINUDDIN BIN MOHD NOR

Pada 12 Julai 2012 satu Majlis Perpisahan Guru Besar En. Zainuddin Bin Mohd Nor telah diadakan di kantin sekolah. Beliu telah bertukar ke SK Kuala Jengal,Dungun.

Wednesday 18 July 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

10 Julai 2012 - Acara senamrobik 1M1S1M telah diadakan secara serentak seluruh negara bermula jam 8.00 pagi. SK Padang Setebu juga turut menyertai program ini .Bertempat di dataran perhimpunan seramai 165 orang murid serta guru terlibat dalam program ini. Senamrobik 1M 1S 1M ini dapat melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan rutin sepanjang kehidupan mereka.

Gambar sekitar Senamrobik 1M 1S 1Msia

Monday 9 July 2012

LAWATAN BERMAKLUMAT KE MELAKA PADA 28 & 29 JUN 2012

Pada 28 dan 29 Jun 2012, pihak asrama SK Padang Setebu telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Melaka. Seramai 25 orang murid telah menyertai lawatan ini selama 2 hari 1 malam. Antara tempat-tempat yang telah dikunjungi di Melaka adalah Perigi Hang Tuah dan tempat-tempat bersejarah disekitar Bandar Hilir seperti Kota A Famosa, Bangunan Merah dan menaiki Menara Taming Sari.

Sunday 1 July 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKPS 2012.

Kejohanan balapan dan padang SK Padang Setebu telah diadakan pada 26-27 Jun 2012. Rumah Biru telah menjuarai kejohanan kali ini. Kejohanan ini telah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.


Gambar sekitar Kejohanan Balapan Dan Padang 2012